Friday, October 15, 2010

Tips untuk Pelajar - Last minute study

Musim exam adalah musim penuh drama. Ketika ni lah, ada pelbagai problem, masa nilah rancangan tv sedap-sedap, masa ni lah orang buat perangai dan macam-macam lagi.

Sesudah saya melalui sekolah rendah, Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Menengah Tinggi, Foundation Year, Ijazah dan Sarjana, panik menghadapi peperiksaan saya rasakan sama sahaja. Walaupun se konsisten mana kita study, masih lagi rasa tak cukup.

Untuk pengetahuan pembaca, saya pernah dapat CGPA 1.82 dan CGPA 3.97, jadinya saya faham akan apa yang kesemua pelajar rasakan kerana saya pernah jadi pelajar lemah, sederhana dan cemerlang.

Di sini ingin saya berkongsi pengalaman saya sewaktu saya cramming for final exam. Jadi persoalannya bila nak study???? Woiiiii semua dah kena start sekarang. Bangun. Bangun. Ambil buku-buku tu dan buat plan....

1.) Planning

Seteruk mana pun anda, anda perlu tahu jadual peperiksaan. Kalau tak tahu memang koman la. Apa significantnya tahu jadual exam? Jawapannya, untuk merancang untuk study yang mana dulu

2.) Rilek jangan panik

Point ni penting. Kenapa? Sebab point ni menentukan samada anda Fight or Flight. Konsep ini ialah berkaitan dengan lumrah manusia. Jika dia fight, dia akan harungi bulan exam dengan bergaya, jika flight, cabut, tension, balik rumah dan tak datang exam.

3.) Kenali cara studi anda

Yang ni penting. Sebabnya anda perlu pilih environment mana yang nak study. Ada yang suka senyap, ada yang kena study dengan lagu, ada yang ikut mood dan macam-macam lagi. Jadinya, anda perlu pilih

4.) Masa study yang sesuai

Ada yang morning person, ada yang night person, ada yang afternoon person dan lain-lain. Jadi pilih masa mana yang paling sesuai.

5.) Kumpul buku, nota dan kelengkapan

Pastikan semuanya lengkap. Jika tidak, mood akan hilang dan kita akan jadi semakin panik

6.) Buat nota, sambil pastikan buku teks ada jika perlu buat rujukan

Nota amat-amat penting. Kenapa? Sebab manusia boleh lupa sepenuhnya dalam masa 48 jam. jadi kita perlukan nota untuk refreshkan memori kita. Bukan teks penting kerana ianya akan menguatkan lagi pemahaman pelajar dengan membaca contoh yang diberikan dan illustrasi-illustrasi menarik yang membantu pembelajaran.

7.) Bersenjatakan nota, kita boleh mula buat study group

Kaedah ini amat berkesan ketika study lasy minute.

To be continued.....

3 comments:

owls said...

penting untuk saya ni!!!
thanks en.mie..jgn lmbat untuk second post...:)

Anonymous said...

yer..penting untuk saya juga. thanks for the note!
doakan saya ya!

Unknown said...

Kenapa bukan teks??