Thursday, October 14, 2010

AWI vs KAMARUL (CWG)


Salam, awi, tahniah atas pencapaian di CWG. Buat pertamakalinya kita menang medal di CWG. Namun, ada beberapa kepincangan yang perlu kita sama-sama baiki bagi local coach terus bersama National team dan seterusnya ketua jurulatih adalah dikalangan puak-puak kita.


Sesungguhnya, pada pandangan kami yang tak pernah mewakili negara ke mana-mana sukan berprestij ini, kami telah melalui pahit getir, kesusahan, pengorbanan, seksa, tangisan dan penghinaan yang mana kesenangannya dinikmati oleh batch-batch baru yang telah berjaya mengharumkan negara di peringkat tertinggi.

Kita patut sama-sama terima hakikat bahaya India dan negara-negara lain mempunyai program yang lebih baik daripada kita. Selain daripada itu mereka 'percaya' pada new generation mereka sehingga si Kumari tu menang emas di CWG.


Dengan pretasi di CWG, kita boleh jangkakan yang Road to London penuh ranjau dan liku. Kerana keprihatinan inilah orang-orang seperti Haji Kamarul dilihat seperti menghentam pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan keresahan dikalangan mereka.


Hakikat yang jelas ialah orang seperti Haji tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam memanah kerana beliau telah mempunyai kerjaya yang cemerlangan sebagai pegawai tinggi kerajaan. Beliau memberi teguran yang kita nampak macam tegas, tetapi penuh dengan ingatan bermakna.


Awi, Demi Allah saya secara peribadi menyokong Awi jadi... coach dan orang-orang seperti awilah yang mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi, yang perlu di groom supaya terus menimba pengalaman dan matang sebagai future National coach seperti Simon Fearweather.

Awi saya bukan nak menyokong Hj Kamarul, cumanya makian orang awam lagi teruk dari tu. Mereka sebenarnya boleh sebabkan memanah hilang dan kita akan kembali ke era 1980-1990an.

Menjawap soalan, apa masalahnya dengan Archery, jawapannya pemanah kita mempunyai "body language" tak nak menang (quote seorang pensyarah bahasa Inggeris). Berikut adalah komen-komen warga Jengka yang kecewa melihat persembahan Anba dan 2 orang pemanah compound untuk kita sama-sama renung.

1) macamana wakil Malaysia, penakut, budak KO lebih bagus
2) apa coach korea tu buat
3) level ni tembak keluar lagi ker
4) kurang fight la
5) %%$#
6) gi training Korea buat apa kalau shoot macam ni

Sebagai archer (walau pun main dalam negeri jer) saya faham, mereka tak faham dengan memanah, namun benchmark mereka amat jelas apabila dibandingkan dengan pemanah India yang jauh lebih muda seperti kumari yang berusia 16 tahun dan pemanah-pemanah berbangsa Eropah yang lebih mantap body languange mereka.

kita tak boleh lagi memberi alasan kerana "we are champion", dan marah pada diri atau orang lain. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu sama-sama berganding bahu untuk mencari kaedah dan idea untuk kita bangkit.

Saya harap komen saya tak
...menyentuh hati sesiapa kerana, coach Kamarul ingin melihat emas dituai selepas 5 tahun kita berusaha...... OLEH ITU MARI KITA SAMA-SAMA BUKTIKAN.....

No comments: