Sunday, December 6, 2009

The Quality Journey To Singapore

The Quality Journey To Singapore
13-14 April 2009

National University of Singapore (NUS)

Setelah hampir 26 tahun tidak ke Singapura, penulis berpeluang ke Singapura sekali lagi mengikuti rombongan pasukan kualiti UiTM Pahang melawat 4 Universiti ternama di kota singa tersebut.

Sebelum melintasi tambak johor, penulis kagum dengan pusat imigration Malaysia yang mengguna mesin layan diri berserta alatan "Biometrik" bagi memastikan pemilik Passport adalah sah. Tiba ketika waktu puncak memang meletihkan. Tambak johor begitu sesak dengan lautan kenderaan dan manusia yang ingin masuk ke pulau "Temasek" dengan pelbagai tujuan. Bagi kami dari UiTM, tujuan utama kami adalah untuk melihat sendiri sejauhmana kehadapannya universiti-universiti di sana.

Tiba di pusat imigration Singapura, kami terpaksa menunggu hampir 30 minit kerana terlalu ramai manusia. Penulis di layan oleh seorang pegawai wanita ala-ala anak mami bernama Aisyah. Penulis menyapa tetapi tidak dijawab. Dengan berbahasa Inggeris, tanpa senyuman beliau bertanyakan nombor plat bas dan tujuan masuk ke negara ini. Saya tenang menjawab, tak tahu untuk soalan pertama dan melawat Universiti Nanyang untuk soalan kedua sambil fikiran melayang mengimbau filem-filem Arwah P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapuk babak Sudin menegur 'tuan Singh". Mungkin salah tegur kot. Penulis cuba berfikiran positif. Timbul idea untuk mencadangkan kepada ketua rombongan untuk melawat Jalam Ampas.

Masuk ke Woodland penulis terlintas, "apa bezanya Malaysia dan Singapura, sama kotor je". Namum 'feeling' penulis meleset, rupa-rupanya mungkin sebab Woodland dekat dengan negaraku ia seperti negaraku. Penulis sangat sangat sangat kagum dengan negara jiranku yang sangat bersih, sangat hijau, kereta-kereta yang 'power' dan pemandunya begitu berhemah. Tapi kenapa kereta berplat Singapura bila masuk ke Johor Bahru macam pelesit ???. Penulis cuba cari jawapan. Pelik, berbeza dengan Malaysia, Polis ada dimana-mana tapi Pemandu ' Bengong' ramai, di sana, belum lagi penulis jumpa polis. "Oooo ada CCTV merata tempat". Itu jawapan awal penulis.

Tiba di National University of Singapore (NUS), penulis sudah kehabisan 500 nilai SMS (mahalnya roaming) kerana menerima berita dari pegawai sukan UiTM Shah Alam yang pasukan memanah UiTM akan bertanding di Singapura Julai ini. Syukur alhamdullilah. Di NUS kami disambut oleh 3 orang pegawai Kanan dari Bahagian Perancangan dan Kualiti.

Melalui taklimat yang diberikan, penulis sangat kagum dengan sistem VOICES dimana sistem ini menerima aduan dan cadangan serta projek (ala-ala KIK) dan terus dinilai oleh panel. Tidak berhenti setakat itu sahaja, setiap aduan dan cadangan atau projek akan di hargai dengan diberi saguhati berupa wang tunai. Nilai bayaran adalah berdasarkan kepentingan dan penjimatan yang akan Universiti lakukan hasil daripada aplikasi cadangan atau projek tersebut. Disini, pihak NUS begitu bijak mengeksplotasi 'basic human behaviour' dimana manusia akan lakukan sesuatu jika mereka tahu dapat hasil dari apa yang mereka lakukan.

Semua aduan dan cadangan serta projek tersebut dipaparkan kepada umum berserta dengan maklumbalas, bayaran yang diterima, serta status tindakan pihak NUS. Di UiTM Pahang, mekanisma yang sama memang ada, tetapi setiap aduan pada kebiasaannya akan lenyap di telan tong atau hilang di alam siber (jika menggunakan e-aduan) dan hanya dibincang oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Sekali-sekala dipaparkan juga, tetapi niat seolah-olah menghentam pihak-pihak tertentu. Sekali-sekala juga ada pihak tertentu yang terasa dan menjawab yang seterusnya membawa kepada perbincangan hangat. Setelah yang 'hangat' menjadi 'suam' 'masalah' yang dibincangkan itu dilihat terus wujud.

Semua yang dilakukan oleh NUS jika berkaitan dengan kualiti seperti anugerah kualiti, hari kualiti, hampir sama dengan UiTM.

Selain daripada itu, prasarana NUS begitu indah dan lengkap yang menunjukkan komitmen NUS terhadap 'academi excellence'. Walaubagaimanapun, pihak UiTM tidak dibawa melawat kelas atau dengan kata lain bahagian dalaman universiti.

Tu jer


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: