Monday, March 28, 2011

Ismail Abdul Wahab (1963-2011) Al-Fatihah

Siapa tak kenal dengan Pak Long. Beliau menggelarkan dirinya Pak Long hanya dua tahun yang lalu. Dia sebelum ini mengelarkan dirinya Jalut. Seorang yang ramah, periang dan orang senang bersama beliau. Secara peribadi, beliau amat passionate dengan tugasnya. Beliau juga antara pemandu yang sentiasa menyaksikan perlawanan memanah dan beliau sentiasa bertanya bagi beliau benar-benar faham dengan sukan memanah.


Pada hari terakhit beliau, beliau dilihatku sedang rancak berbual melalui telefon kesayangannya sebelum bertolak ke Taman Negara. Menurut seorang pelajar, waktu makan tenghari pada hari berkenaan, beliau bersalaman hampir semua dengan pengunjung kedai. Beliau juga sempat menegur pelajar saya. "kenapa makan sikit sangat"


Ketika kejadian, beliau tidur untuk merehatkan diri dibilik pemandu. Waktu itu ada Mazlan, Nazam dan pemandu dari Shah Alam. Sekitar pukul 4-5 petang 26 Mac 2011, beliau bangun terkencing dan berselorah, "Aku nak mati ker?". Selepas itu beliau terus sambung tidur dan kerana kepenatan beliau berdengkur.


Pada pukul 5 petang, Mazlan sedar yang beliau senyap. Mazlan memeriksa tangan dan kaki... Kesejukkan. Beliau memeriksa nadi... tiada. Dengan kelam-kabut beliau menghantar beliau ke Hospital Jengka.


Tepat pukul 5.11, saya mendapat berita dari En Mustar yang beliau meninggal. Ketika itu aku bersama semua peserta kursus Fotografi sedang bergambar (group foto). I'm Stun... mesti gambar tak jadi. Dengan menggelatar tangan aku SMS kepada rakan-rakan menyampaikan berita sedih ni. Ada yang sedih, ada yang terkejut dan ada juga yang tidak percaya.


Pukul 5.17 aku berjalan ke UK. Jalan salah sangka, Unit Kenderaan. I saw Mazlan who was still shaking and I can observed one or two tears from his eyes. He told me everthing that happened.


Tepat pukul 6 aku berada di bilik mayat menatap selama beberapa minit wajah rakan kesayanganku terkujur tak bernyawa. Wajah beliau kelihatan tenang dan bersih. Di luar beberapa ratus orang sedia menanti giliran untuk memberi penghormatan terakhir. Ketika itu juga aku tahu yang beliau akan disemadikan di Jengka 13, Blok 9.


Keesokannya, tepat pukul 10 pagi aku bersama beberapa ahli Kelab Memanah solat jenazah dan menyaksikan penkebumian beliau. Sungguh ramai yang datang, sangat ramai.


Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang Allah berikan pengampunan dan rahmat.


Bagiku, aku kehilangan sahabat. Bagi Ismail Wahab, beliau kembali kepada penciptanya.


Azminias

Focus . Passionate . Lillahhitaala.

No comments: