Thursday, February 3, 2011

Tak tidur dan tidur selepas subuh (Nak cari pasal)

Salam

Selamat bercuti pada semua pembaca blog. Sebagai permulaan bebelan saya, ingat saya tegaskan disini yang dah berbuih mulut ni menasihat, mengingat dan menegaskan bahawa tidur selepas subuh adalah amatlah tidak digalakkan oleh agama dan juga sains.

Ketika saya termenung-menung melihat pemandangan bandar Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan kesemua 3 menara (KL Tower, KLCC dan Berjaya) dari tingkat 8 pangsapuri yang terletak di Klang ni, saya terfikir untuk mencapai Ipad yang selalu digunakan untuk berfacebook dan berfoursquare dan menulis artikel ini.

Sebagai memulakan bicara, ingin saya nyatakan disini bahawa saya  merujuk kepada tulisan Bahaya tidur selepas subuh, hasil tulisan Norashikin Ghazali di http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=977:bahaya-tidur-selepas-subuh&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84

Tugas saya ialah untuk mengupas isu yang ingin diutarakan oleh Norashikin.

Baik, pelajar seringkali merungut bahawa mereka tiada masa, belajar banyak tak faham dan seribu satu masalah. Selain daripada itu ada yang merungut (ada juga yang berbangga) terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tugasan atau belajar untuk quiz, Test ataupun peperiksaan akhir. 

Persoalannya, bagaimana strategi mereka ni? Berjaya? atau tidak?

Waktu pagi banyak barakahnya. Pada waktu ini Allah taala menjadikannya begitu tenang dan indah. Pada waktu ini sepatutnya dipergunakan dengan sepenuhnya untuk mencari rezeki bagi yang bekerja dan mencari ilmu bagi yang sedang belajar. Pada waktu ini juga Allah taala mengkhaskan solat sunat Dhuha bagi memberi peluang hambanya merebut salah satu pintu syurga yang dinamakan Dhuha. Al-Tabrani meriwatkan : -

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yangtelah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."Al-Tabrani

Selain daripada itu waktu ini juga, Allah ampunkan dosa orang yang melakukan solat Dhuha secar konsisten dan juga mengeluarkan mereka dari kepapaan.

Sudah jelas, waktu pagi adalah waktu yang mulia dan penuh barakah. Ia perlu dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk bekerja mencari keredhaan Allah dan melakukan ketaatan dengan beribadah seperti sunat Dhuha dan menuntut ilmu. Namun, ada pelajar yang menjadikan waktu pagi waktu beristirehat setelah kononnya penar mentelaah di waktu malam. Sebelum saya teruskan renungkan petikan berikut: -

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan "Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.


Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

  1. Tidur ketika perlu tidur.
  2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan)." (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma'ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma'ad, 4/222)


Persoalannya, adakah pelajar mengambil iktibar daripada bacaan ini? Jika terima baguslah, jika tidak baguslah jugak. Kenapa saya berkata begitu? Mudah, anda degil dan tidak mahu untuk mengubah diri untuk menjadi lebih cemerlang dan berjaya. Anda juga tidak ingin menggunakan 100% potensi diri yang ada dan hanya berpuas hati untuk menjadi orang yang biasa.

Hijrah perlu dilakkukan. Jadual waktu perlu diperkemaskan. "Body clock' perlu dilaraskan sesuai dengan kehendak hukum alam dan hukum agama.

Kesimpulannya, tidurlah sebagai keperluan diri dengan betul. Gunakan nikmat tidur yang Allah telah berikan dengan teratur tanpa melanggar larangannya dan rasulnya. Kenalpasti waktu sesuai untuk tidur dan teruskan usaha mencapai kecemerlangan didunia dan akhirat.

Sekian
Klang, 3 Februari 2011





Sent from my iPad

1 comment:

Tepoh Dock said...

mohon copy entri en.azmi untuk saya letakkan di blog saya...saya pun suka bab2 tak tidor pagi ni...kelebihan nya sangat banyak...saya follow blog en.azmi...