Wednesday, January 12, 2011

Changing the way things are done

Salam kepada semua yang singgah di blog ini. Final AJL 2010, baru melabuhkan tirainya dan seperti biasa rumah siap, ada pahat yang masih berbunyi. Agak, menyedihkan apabila ada yang mempertikaikan keputusan pengadil (termasuk saya pada mulanya).

Namun, jika diimbas kembali kejayaan artis, ahli sukan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berjaya, mereka sebenarnya melakukan sesuatu perkara dengan cara mereka sendiri yang tidak mengikut cara conventional. Mereka keluar dari "average people" dan menjadi outstanding people.

Sebenarnya, sebagai pelajar, kita haruslah peka dengan situasi sebegi. Sebagai contoh, kaedah belajar dan menyediakan nota mungkin tidak relevan bagi sesetengah pelajar. Mereka harus keluar dari kebiasaan ini segera, bagi menoptimumkan kebolehan diri yang Allah telah kurniakan.

Sebagai contoh, belajar secara berkumpulan, membuat mind-map dan lain-lain kaedah, mungkin dapat membantu pelajar. Namun, semua kaedah ini perlu dinilai sendiri oleh pelajar dan yang paling penting jangan buat dimasa kecederaan (disaat-saat akhir sebelum peperiksaan)

Seseorang pelajar perlu bersiap-sedia untuk bekerja keras disamping mereka juga perlu membuat aktiviti riadah bagi menyihatkan badan. Rutin rehat yang teratur dapat memberi tenaga tambahan untuk pelajar mendapat tenaga yang diperluka supaya tidak letih dan lesu.

Akan datang : Pentingnya air untuk mengelakkan kelesuan.

Gambar hiasan : anak kecil ini jadi tukang kejut untuk abang dan kakaknya pergi sekolah

No comments: