Sebagai pensyarah, seringkali saya mendengar rintihan pelajar yang mengatakan bahawa mereka tidak cukup masa dan dibeban dengan tugasan akademik dan ko-kurikulum. Saya mengaku sememangnya ada sedikit kebenaran, namun kata pepatah hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Persoalannya, adakah pelajar menggunakan masa sebaiknya. Adakah mereka mempunyai jadual waktu yang mengatur hidup mereka secara sistematik dan teratur. Pepatah Inggeris ada mengatakan Fail to plan is plan to fail.
Sebagai panduan kepada pelajar, permulaan baik untuk mengadakan jadual ialah dengan mengatur kehidupan pelajar dengan tahu apakah keutamaan (priority) mereka dalam aktiviti mereka seharian. Aktiviti yang kurang penting perlu disisihkan. Jika tidak mereka akan terus tiada masa.
Sudah menjadi suatu fenomena dikalangan pelajar masakini ialah mereka banyak menghabis masa dihadapan komputer bermain games, berfacebook ataupun melayari internet. Pelajar seharusnya tidak dilarang, melakukan aktiviti-aktiviti ini, tetapi mereka harus matang mendisplinkan diri untuk tidak hanyut dan leka.
Selain daripada itu, pelajar juga haruslah mengimbangkan waktu belajar, bersenam dan bersosial supaya pelajar tidak tertekan dengan tekanan tugasan mereka. Selain daripada itu, pelajar juga perlu menghadkan aktiviti outing ataupun pulang ke rumah bagi mengoptimakan lagi masa mereka di kampus.
Kesimpulannya, menyediakan senarai keutamaan dan menjaga masa dapat membantu pelajar untuk mengurangkan tekanan belajar dan dapat melakukan tugasan tanpa ada masalah tidak cukup masa dan kelesuan.
Adalah dicadangkan pelajar tahu apa yang perlu mereka lakukan dan mereka perlu mengenal diri disamping fokus pada pelajaran, ghairah untuk mencapai kejayaan dan akhirnya bertawakal kepada Allah Taala.
Oleh : Azmi Nias (UiTM Pahang)
>
>
No comments:
Post a Comment