Sunday, January 16, 2011

KEPENTINGAN MINUM AIR UNTUK PELAJAR


Air sangat penting untuk mengelakkan kelesuan. Kelesuan adalah musuh utama pelajar terutama ketika bersedia untuk menghadapi peperiksaan ataupun menjalani aktiviti rutin harian. Kebanyakkan pelajar agak meremehkan soal minum air kerana kadangkala saya melihat bibir-bibir pelajar ini kering bak kerana tidak minum air.

Persoalannya, berapa gelas air kita perlu minum sehari ? HANYA 8 gelas sehari. Nampak sedikit tetapi amat sukar untuk dilakukan sebenarnya.Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.

Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.

No comments: