Monday, October 11, 2010

Anba oh Anba

Saya harap semua bertenang... Pihak yang sayang memanah dan pihak yang menguruskan memanah...

Ceritanya, macam ni.. Ingat tak world cup kat France yang David Beckham kena buang padang? Ketika tu semua pihak kecam David Beckham. Soalannya, ada Beckham melenting, ada pihak FA kecam penyokong England? Ada teammate kritik penyokong? Jawapannya mungkin ya mungkin tak ikut hati masing2.

Sekarang ni pihak pengurusan perlu faham kekecewaan 'tax payer' yang mengharapkan kecemerlangan sukan.

Semua atlit perlu sedar dan telah pun melakukan pengorbanan dengan mewakili negara, kerana kecemerlangan sukan hanya zahir dgn pengorbanan.

Penglibatan dalam sukan perlukan pengorbanan dan bukan tiket utk mendapat gaji yang lumayan dan habuan wang ringgit semata-mata.

Menyedari hakikat itu, seorang atlit yang peka dengan tanggungjawabnya perlu "lakukan" dan "dilihat melakukan" yang terbaik untuk pasukan dan negara.

Seluruh rakyat malaysia tidak marah apabila kalah setelah bermati-matian bermain seperti basikal dan lawnbowl, tetapi rakyat Malaysia kecewa bila body languange yang dilihat amat negatif seolah-olah tidak mahu menang.

Lantas semua pihak perlu sama-sama berganding bahu untuk mencari kaedah dan idea untuk kita bangkit seperti David Beckham di France 1998.

Saya harap pihak NAAM yang baca posting di Wall Kamarul Hisyam tidak melenting, dan rakan-rakan kepada Kamarul perlu terus menyokong memanah di negara kita. Saya faham kemarahan anda adalah hasil dari luahan hati yang cintakan sukan memanah ini.

Pepatah ada mengatakan " sayangkan anak, tangan-tangankan"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Unknown said...

kalau cepat melenting sampai bila nak berjaya.. cubalah dengar pandangan orang lain.

azwan wan said...

kdg2 kita kena dgr kritik dr org lain tuk lbh maju....jgn semua nk btul n jd pak turut je....klu mcm nie baik bg peluang kt org lain je yg lbh layak....wat ape simpan hampas klu padinye kita buang....