Friday, November 27, 2009

Pemilihan yang menjadi tandatanya

Salam. Sememangnya sudah menjadi lumrah di negara kita ini apabila orang yang menegur secara baik disalah anggap sebagai melawan. Jadi apa yang sebenarnya berlaku? Apa yang kecoh sangat sehingga ada yang mengecop diri ini ingin jadi National Coach untuk compound?

Menjadi coach memanah adalah sesuatu yang tidak sengaja. Bukan matlamat, bukan kehendak, tetapi takdir. Hasrat utama adalah untuk melihat memanah compound berjaya di arena dunia. Kenapa compound ye? Jawapannya mudah, kita sudah ada pakar recurve. Kita ada 3 jurulatih Korea yang berpengalaman sepenuh masa. Jadi dengan kata lain sudah ada expert dan care-taker. Tidak harus dipersoalankan lagi.

Compound? Masih terumbang-ambing. Ada 3 pihak yang memperjuangankannya secara serius, PPOC, ATM, UITM dan juga beberapa kelab lain. Namun mungkin atas kesedaran Compound dipertandingkan di Sea Games dan Commonwealth Games, di Bukit Jalil ada beberapa orang pemanah Compound.

Soalannya kenapa saya kecoh. Baik, siapa yang duduk dibelakang pemanah selama 2 tahun semenjak SUKMA 2008 yang memerhati pemanah Compound wanita? Coach lain ada juga tapi mereka terpaksa fokus pada kategori lainj juga. Jadi mereka kata Yati tidak layak kerana mata tidak cukup.

Saya nak timbulkan satu persoalan... Kita nak atlet membawa bendera negara atas dasar mata atau atas kemampuan atau atas dasar nasib.

Mari kita tengok kemampuan orang bernama yati ketika bermain team. Sejak sukma 2008. SEBELUM TU PERLU DIINGAT YANG SEA GAMES ADA 2 MEDAL SAHAJA, INDIVIDU DAN TEAM.

SUKMA 2008 - emas
AUG 2008 - emas vs Indonesia
Indoor Labuan - emas
Sirkit 1 - emas
UPM Open emas (225)
Sirkit 2 - perak
Sirkit 3 - emas.

Jadi persoalannya, kenapa kita limitkan proses selection kita menjadi begitu "rigid" sehingga kita terpaksa korbankan pemanah yang hebat bermain acara berpasukan yang mana saya bertanggungjawab dengan kata-kata ini.... Norhayati Al-Madihah Hashim adalah, THE BEST THIRD ARCHER IN MALAYSIA. (Perlu diingat beliau mula memperbaiki score FITA juga).

Akhirkata saya mohon maaf jika ada hati yang terguris atau yang terasa.

..... Dan orang yang layak jadi coach compound adalah Adnan, Michael dan Siti tetapi bukan saya .. . . .

PEMILIHAN PERLU DIBUAT ATAS DASAR "PERFORMANCE BASED". BUKAN "PAPER BASED".

Dengan rendah hati mohon mencadang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

mistleo said...

hi, saya berminat nak menyertai kelab memanah. saya dari uitm intec shah alam. saudara tahu tak bagaimana saya boleh meneyrtai kelab ini? sebelum ini, saya sudah ada training basic memanah so sekarang saya ingin meneruskan sukan ini jikalau boleh.

terima kasih.

azhar said...

klau nk myertai kat uitm s.alam jmpe abdul halim tnye dia

azhar said...

klau nk myertai kat uitm s.alam jmpe abdul halim tnye dia

azhar said...

klau nk myertai kat uitm s.alam jmpe abdul halim tnye dia

Unknown said...

assalam..saya ingin menyertai kelab memanah uitm shah alam..boleh saya dapatkan detail org-org yg boleh saya hubungi..terima kasih