Salam, setakat ini Dayah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan telah memenangi 4 emas dan 1 perak. Beliau mendahului semua pemenang negara. Berikut adalah pingat-pingat yang dimenangi setakat ini.
70m - Emas (339) - Rekod baru Kebangsaan
60m - Emas (332)
50m - Emas (339) - Rekod baru Kebangsaan
30m - Perak (351)
Juara Keseluruhan - Emas (1361)
* meninggalkan pencabar dengan 30 mata.
Sebelah kaki beliau sudah berada di SEA games 2009 dan kemungkinan besar Commonwealth Games 2010. Beliau ada 3 lagi sirkit untuk ditempuhi sebelum menjadi 'the first homegrown archer' yang dilahirkan dari HSL 117 KO memanah dan dari UiTM Pahang yang akan mewakili team senior Malaysia. Sebelum ini beliau pernah mewakili team universiti Malaysia.
Alhamdullilah, syukur pada Allah, walaupun dengan kekangan kewangan yang begitu amat amat sangat sangat meruncing bagi kami pasukan memanah, ramai warga UiTM Pahang yang menghulur bantuan dan saya ucapkan terima kasih semoga Allah membalasnya.
Saya percaya niat murni kalianlah yang menzahirkan kemenangan yang sememangnya di luar jangkaan ini.
Sekian dimaklumkan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment