Selamat hari raya dan selamat meneruskan latihan kepada atlit-atlit Pahang. Hari raya tidak dapat dipisahkan dengan aktivti ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan. Amalan ini seharusnya diteruskan kerana selain daripada dapat bertemu dengan saudara-mara dan kenalan, atlit juga dapat menenangkan minda dengan membuang sifat-sifat negatif dan dendam melalui amalan bermaaf-maafan. Atlit akan menjadi tenang dan dapat menumpukan perhatian di dalam acara-acara sukan yang diceburi.
Selain daripada itu aspek pemakanan perlu juga dititikberatkan kerana sudah menjadi budaya masyarakat di negara ini rumah terbuka diadakan sepanjang bulan syawal. Pemakanan seringkali dikaitkan dengan kesihatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan definisi kesihatan sebagai keadaan sejahtera secara fizikal, mental dan sosial yang bukan sekadar tidak mempunyai penyakit mahupun cacat.
Antara faktor penentu atlit mempunyai kesihatan yang baik adalah gaya hidup, faktor keturunan, keadaan persekitaran dan kemudahan perkhidmatan perubatan dan kesihatan. Sepanjang tempoh menjalani latihan, atlit perlu bijak mengatur atau mengikut jadual harian yang ditentukan oleh jurulatih dan juga mencari kaedah bagi mengatasi keletihan seperti bersantai aktif, bersantai pasif, menjaga diet, berbual-bual mesra dengan rakan ataupun tidur secara teratur.
Yang terpenting sekali, atlit perlu sentiasa berdoa dan tidak meninggalkan sembahyang bagi memohon pertolongan Allah kerana setiap perjuangan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran pahala dan kemenangan. Pergaulan dan akhlak perlu dijaga kerana atlit Pahang telah menjadi ikon kepada generasi baru. Adalah lebih baik jika doa dan usaha yang gigih itu disulami dengan amalan puasa sunat dan sembahyang sunat sambil diiringi dengan doa dan restu ibubapa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
Salam,
saya baca tabloid Sinar Pahang keluaran sabtu lalu; ada pasal pasukan memanah Pahang, dengan temubual encik dlm tu.
encik jadi juralatih pasukan memanah pahang? wow!
Post a Comment