
Selamat ber-Blog lagi bagi diriku dan kepada sesiapa yang membaca blog ini. Emm tajuk 'panas'. He he he aku terpaksa meluahkan perkara ini kerana sememangnya aku tidak suka berselindung. Apatah lagi menipu sesiapa. Kepada pihak yang merasa tertipu olehku sebenarnya menipu diri sendiri. Kerja memanah yang aku buat sememangnya ikhlas dan tidak pernah menguntungkan aku. Sebutir 'nock' pun tak pernah aku ambil. Tetapi kerana sifat tamak, ego, pentingkan diri sendiri, telah membuat manusia hilang pertimbangan dan sanggup melihat kelab yang baru setahun jagung ini tumbang dan hancur.
Ceritanya, macam si tanggang atau orang indonesia panggil Malin Kundang. Beliau susah, beliau tak bagus, beliau tak semangat, beliau telah diajar dengan baik oleh aku, Bad, Jai, Fizal dan Halim, tapi sifat beliau tak ada keyakinan diri. Aku belikan bow untuk beliau bertanding di sukan remaja Pahang, bow yang telah membawa rakanku jadi juara suatu masa dahulu. Cuma arrownya saje yang tidak ku beli, tak mampu waktu tu. Duit dalam bank ada RM 200 je (sumpah). Beliau tak berjaya, takpe.....
Ku fikir juga hendak bawa dia ke SUKMA selepas itu. Aku wujudkan team compound out of nothing. Ku Tebalkan muka ini 'MEMINJAM' dari rakanku di sekolah teknik. Ku Latih beliau, walaupun pengetahuan compound bow aku adalah 'KOSONG'. Malangnya beliau menempatkan diri di no yang ke-Lima, tetapi Zulaikha terpaksa ke Jepun, dan aku ambil beliau. Zulaika adalah backupku untuk recurve wanita.
Masa berlalu beliau ke UiTM Shah Alam. Alasan susah training. Aku kesian, aku beri peluang beliau untuk main 'satu pasukan itu' jika beliau tidak dapat cuti belajar. Jika dapat cuti belajar, aku akan pastikan beliau main dengan Pahang. Masa berlalu beliau pulangkan bow mengatakan beliau tidak dapat cuti belajar....
Tetapi jeng jeng jeng beliau dapat cuti belajar dan bermain dengan 'satu pasukan itu'. Terkejut, terkejut dan terkejut. Takpe, control lagi... Tapi bila MSP dah mula bertanyakan status beliau, aku jadi panik! Antara anak buah dan MSP, antara setia dan derhaka.
Disinilah mula tohmahan dilemparkan kepada ku, tetapi Allah itu adil dan hampir semua tohmahan itu aku tahu:-
1.) Saya abaikan beliau
2.) Saya lebihkan pemanah lain
3.) Saya tidak pandai mengajar
4.) Pemanah pandai memanah bukan kerana saya ajar tetapi kerana usaha pemanah sendiri
5.) Aku yang tidak melepaskan beliau (tindakan ini untuk membuatku nampak jahat le), sedangkan aku sudah buat surat, pergi meeting dan cuba yakinkan MSP untuk lepaskan beliau
Hey Guys ... "YOU ARE NOTHING IN ARCHERY WITHOUT ME!!!!"
Saya sanggup tidak membelikan barang2 yang keluarga, isteri dan anak2 semata-mata untuk melihat korang memanah. Aku dah belanjakan segala yang aku ada untuk lihat kamu berjaya!!!
Ya, anda semua mungkin tertanya-tanya siapakah beliau? Mungkin anda suatu hari nanti, mungkin saya????? Ia sememangnya telah terjadi dan ia benar-benar telah membuat aku sakit hati, frust, dan rasa nak terajang orang (mungkin kasar tapi ini apa yang terdetik di hati. Ia disebabkan kerana: -
1.) Difitnah itu dan ini sedangkan aku tidak buat perkara itu
2.) Aku dipihak yang benar sedangkan pihak itu menjaja cerita yang tidak benar. Jika benar kenapa pihak itu tidak mendaftar beliau
3.) Bekas anak buahku bersengkongkol dengan orang lain untuk memfitnah aku
Tapi takpe, tuhan itu adil. Aku main ramai kawan. Makin ramai yang bersimpati dan menelefon aku walaupun kadang-kadang kita tak sangka individu itu yang menelefon
...
Jadi ambil pengajaran,
"BAIK berpada-pada, JAHAT jangan sekali"
"Orang Berbudi, kita Berbahasa, Orang memberi kita merasa"
No comments:
Post a Comment