Dalam majlis ini, satu-satunya wakil UiTM dari Kampus Pahang yang dicalonkan adalah Nurhidayah Abdul Latip (Memanah) bagi kategori olahragawati harapan. Selain daripada beliau, Aruna Santhappan - UTNM (Bola Jaring), Nadia Sofie Suhaimi - UMS (Golf), dan Seng Yuh MIn - USM (Lawan Pedang) turut dicalonkan. Wakil UiTM yang turut tercalon adalah Mohd Syahir Asyraf Rosli (Ragbi) bagi kategori Olahragawan dan Fazilla Sylyester Silin (Hoki) bagi kategori Olahragawati.
Berkat usaha dan pengorbanan mengharungi beberapa kejohanan seperti Danga Bay International, SUKMA, World Archery Championship, UPM Open dan yang Sukan Universiti Asean, Nurhidayah dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan MASUM bagi tahun 2008. Kegembiraan ini dikongsi bersama Pengarah Kampus UiTM Pahang Prof Madya Dr Haji Hilmi Ab Rahman, Timbalan Pengarah HEP, En Mohd Nasir Ibrahim, ketua Unit Sukan En Abdul Kamal Siwi, Jurulatih UiTM/Pahang En Mohamad Azmi Nias Ahmad dan 3 orang pelajar UiTM Pahang yang mewakili Malaysia ke Sukan Universiti Asean 2008.
Mengimbas kembali perjalanan beliau sehingga dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan MASUM 2008, Nurhidayah mula melibatkan diri dalam sukan memanah bermula apabila mendaftar diri sebagai ahli Kelab Memanah UiTM Pahang pada Julai 2007 ketika beliau berada dibahagian 1. Pada mulanya beliau dianggap lemah oleh jurulatihnya yang kemudian memberi peluang untuk beliau mendapat kekuatan yang cukup bagi menjadi pemanah yang baik.
Nurhidayah bersama rakan sepasukannya dikerah untuk berlari dan melakukan aktiviti fizikal hampir setiap hari seawal pukul 630 pagi. Setelah bertungkus-lumus selama 3 bulan Nurhidayah memenangi pingat pertama di Kejohanan Terbuka UPM. Bermulanya di sini, beliau tidak lagi menoleh kebelakang dan beliau terus memperbaiki prestasi dari masa ke semasa.
Menurut Jurulatih UiTM/Pahang kejayaan Nurhidayah banyak dibantu oleh warga UiTM Pahang yang sentiasa membantu dan memudahkan proses untuk beliau pergi ke kejohanan-kejohanan memanah dan pensyarah pula memahami pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti sukan perlu sedikit diberi perhatian di mana pensyarah begitu komited memberi ruang kepada pelajar ini untuk berbincang mengenai pelajaran di luar kelas mahupun melalui perbualan telefon. Tambah beliau lagi, Nurhidayah adalah seorang atlit yang berdisplin, tabah dan orang pertama yang tiba di lokasi latihan dan orang terakhir pulang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment