Sesuatu yang pelik apabila ada peniaga yang tidak pandai senyum apabila melayan pelanggan. Kadang-kadang terfikir juga macamana nak berniaga kalau pelanggan tidak di'welcome'. Pelanggan adalah raja dan pelanggan juga adalah rezeki bagi mereka. Dengan bermasam muka seolah-olah menghalau rezeki.
Pokok pangkal masalah ini adalah ilmu. Peniaga tidak di dedahkan dengan ilmu melayan pelanggan. Teringat sewaktu belajar di negara kanggaro, peniagaan atau juruwang sentiasa mengucapkan ":How are you mate", "How is going" atau ucapan selamat pagi atau petang sambil tersenyum. Ada rakan melabelkan negara kanggaro itu lebih islamik daripada kebanyakkan negara islam. Mungkin agak keterlaluan kenyataan beliau tetapi ia ada kebenarannya.
Seorang rakan membuat kesimpulan kemungkinan juruwang di Malaysia tidak senyum dan memberi ucapan selamat kepada pelanggan kerana gaji golongan ini kecil berbanding dengan juruwang di negara kanggaro itu. Sekali. lagi mungkin ada kebenarannya, tetapi pendapat ini boleh disangkal. Kerana kajian menunjukkan bahawa adalah lebih mudah untuk senyum daripada bermasam muka. Ditambah pula senyum adalah sedekah. Jadi adalah tidak relevan jika ukuran gaji dijadikan alasan untuk senyum atau bermasam muka.
Di negara kita, layanan 'istimewa' kepada pelanggan ini kebayakkanya dinikmati di kedai mamak dan hotel-hotel lima bintang. Persoalannya, kenapa tidak budaya yang mengguntungkan ini dipratikkan? Tepuk dada tanya selera. Mungkin juga itulah perbezaan negara membangun dan negara maju.
Azmi Nias
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment