Saturday, December 19, 2009
Friday, December 18, 2009
Beli Makan/Air budak memanah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 17, 2009
KFC di Jengka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, December 16, 2009
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, December 14, 2009
Mencari Keredhaan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, December 13, 2009
Nak Berangan PERCUMA
Berangan je he he he
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kereta Pick Up
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, December 8, 2009
Bapa Program Angkasa lepas
Untuk pengetahuan anda semua, orang pertama yang melancarkan roket ke udara adalah orang ISLAM yang bernama Hasan Celebi pada kurun ke 17 semperna hari kelahiran anak lelaki Maharaja Murat IV.
Beliau kemudiannya dianugerahkan jawatan tinggi di dalam askar Murat. Roket tersebut dipercayai berjaya dilancarkan selama 20 saat setinggi 300 meter.
Ini lah sejarah menerbangan roket pertama di dunia yang diilhamkan oleh Hasan Celebi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kenapa Org Melayu Tak Maju Berniaga
Kebanyakkan Orang Melayu ada sifat dengki....itu satu sebab ianya tak berjaya.... Pengalaman saya berniaga dengan kaum Cina, kalau di kedainya tak ada barang yang di minta pelanggan.....lu tunggu sat haa....gua tanya saya punya kawan......ala-ala lu tunggu sat....kalau Orang Melayu....barang habis atau tak ada....kalau kita tanya di mana boleh dapat..... tak tau kat mana...suasah dapat barang tu.....kalau tak percaya kita order minum atau makanan di gerai yang lain dan kita duduk di gerai yang lain....nanti dia datang ambik order....nak makan apa? kalau benda tu tak ada di gerainya.....nak makan bihun sup pi gerai sana..... kalau orang Cina....dia akan laung ke gerai kawan yang jual bihun sup...BIHUN SUP SATU meja 10....itu bezanya....networking cukup bagus walau lain-lain Parti...MCA, DAP, GERAKAN....orang Melayu??????????????????
Ada kebenarannya bukan ???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, December 6, 2009
Amalan hidup Sihat
Faktor penentu sihat dan kesihatan
a) Gaya hidup
b) Faktor keturunan
c) Keadaan persekitaran
d) kemudahan perkhidmatan perubatan dan kesihatan
Tubuh memerlukan 50 jenis zat makanan. Tubuh yang sihat dapat menghasilkan 25 peratus daripada zat tersebut.
Air 63%
Protein 18%
Mineral 6%
Karbohidrat 0.8%
Komponen Makanan
Karbohidrat
Serat
Lemak
Kolesterol
Protein
Mineral
Vitamin
Vitamin
Mengatasi keletihan
Bersantai aktif
Bersantai pasif
Diet
Kurangkan stress
Interaksi
Berjumpa doktor
Sekian . . .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
The Quality Journey To Singapore
13-14 April 2009
National University of Singapore (NUS)
Setelah hampir 26 tahun tidak ke Singapura, penulis berpeluang ke Singapura sekali lagi mengikuti rombongan pasukan kualiti UiTM Pahang melawat 4 Universiti ternama di kota singa tersebut.
Sebelum melintasi tambak johor, penulis kagum dengan pusat imigration Malaysia yang mengguna mesin layan diri berserta alatan "Biometrik" bagi memastikan pemilik Passport adalah sah. Tiba ketika waktu puncak memang meletihkan. Tambak johor begitu sesak dengan lautan kenderaan dan manusia yang ingin masuk ke pulau "Temasek" dengan pelbagai tujuan. Bagi kami dari UiTM, tujuan utama kami adalah untuk melihat sendiri sejauhmana kehadapannya universiti-universiti di sana.
Tiba di pusat imigration Singapura, kami terpaksa menunggu hampir 30 minit kerana terlalu ramai manusia. Penulis di layan oleh seorang pegawai wanita ala-ala anak mami bernama Aisyah. Penulis menyapa tetapi tidak dijawab. Dengan berbahasa Inggeris, tanpa senyuman beliau bertanyakan nombor plat bas dan tujuan masuk ke negara ini. Saya tenang menjawab, tak tahu untuk soalan pertama dan melawat Universiti Nanyang untuk soalan kedua sambil fikiran melayang mengimbau filem-filem Arwah P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapuk babak Sudin menegur 'tuan Singh". Mungkin salah tegur kot. Penulis cuba berfikiran positif. Timbul idea untuk mencadangkan kepada ketua rombongan untuk melawat Jalam Ampas.
Masuk ke Woodland penulis terlintas, "apa bezanya Malaysia dan Singapura, sama kotor je". Namum 'feeling' penulis meleset, rupa-rupanya mungkin sebab Woodland dekat dengan negaraku ia seperti negaraku. Penulis sangat sangat sangat kagum dengan negara jiranku yang sangat bersih, sangat hijau, kereta-kereta yang 'power' dan pemandunya begitu berhemah. Tapi kenapa kereta berplat Singapura bila masuk ke Johor Bahru macam pelesit ???. Penulis cuba cari jawapan. Pelik, berbeza dengan Malaysia, Polis ada dimana-mana tapi Pemandu ' Bengong' ramai, di sana, belum lagi penulis jumpa polis. "Oooo ada CCTV merata tempat". Itu jawapan awal penulis.
Tiba di National University of Singapore (NUS), penulis sudah kehabisan 500 nilai SMS (mahalnya roaming) kerana menerima berita dari pegawai sukan UiTM Shah Alam yang pasukan memanah UiTM akan bertanding di Singapura Julai ini. Syukur alhamdullilah. Di NUS kami disambut oleh 3 orang pegawai Kanan dari Bahagian Perancangan dan Kualiti.
Melalui taklimat yang diberikan, penulis sangat kagum dengan sistem VOICES dimana sistem ini menerima aduan dan cadangan serta projek (ala-ala KIK) dan terus dinilai oleh panel. Tidak berhenti setakat itu sahaja, setiap aduan dan cadangan atau projek akan di hargai dengan diberi saguhati berupa wang tunai. Nilai bayaran adalah berdasarkan kepentingan dan penjimatan yang akan Universiti lakukan hasil daripada aplikasi cadangan atau projek tersebut. Disini, pihak NUS begitu bijak mengeksplotasi 'basic human behaviour' dimana manusia akan lakukan sesuatu jika mereka tahu dapat hasil dari apa yang mereka lakukan.
Semua aduan dan cadangan serta projek tersebut dipaparkan kepada umum berserta dengan maklumbalas, bayaran yang diterima, serta status tindakan pihak NUS. Di UiTM Pahang, mekanisma yang sama memang ada, tetapi setiap aduan pada kebiasaannya akan lenyap di telan tong atau hilang di alam siber (jika menggunakan e-aduan) dan hanya dibincang oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Sekali-sekala dipaparkan juga, tetapi niat seolah-olah menghentam pihak-pihak tertentu. Sekali-sekala juga ada pihak tertentu yang terasa dan menjawab yang seterusnya membawa kepada perbincangan hangat. Setelah yang 'hangat' menjadi 'suam' 'masalah' yang dibincangkan itu dilihat terus wujud.
Semua yang dilakukan oleh NUS jika berkaitan dengan kualiti seperti anugerah kualiti, hari kualiti, hampir sama dengan UiTM.
Selain daripada itu, prasarana NUS begitu indah dan lengkap yang menunjukkan komitmen NUS terhadap 'academi excellence'. Walaubagaimanapun, pihak UiTM tidak dibawa melawat kelas atau dengan kata lain bahagian dalaman universiti.
Tu jer
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kebaikan Bersedekah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Periuk Nasi Rosak & HP buat hal
Boleh dibincangkan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.